Wahai manusia sekalian...hakikatnya zaman kini kita telah terlupa akan sesuatu yang amat penting....kisah ini bermula pada suatu ketika dahulu...terlampau dahulu...waktu kita semua di alam roh....
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami) kami bersaksi," (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini," -7:172-
"Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali kepada kebenaran" -7:174-
Demikianlah Allah S.W.T telah menjelaskan kepada kita melalui kitab agong al-Quranul Karim tentang bagaimana 'mereka' di dalam ayat di atas telah bersumpah dan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan segala ketaatan dan kepatuhan adalah kepadaNya sahaja. Dengan sebab itu, Tuhan telah mengambil penyaksian mereka pada hari tersebut supaya apabila tibanya yaumul qiyamah hujah mereka tidak dapt mengatasi hujah Allah S.W.T. Agar pada hari kiamat nanti mereka tidak mampu untuk mengatakan bahawa mereka tidak pernah mengetahui ataupun mengambil tahu tentang HAKIKAT 'mereka' yang dahulu pernah bersaksi mengeesakan Allah S.W.T dan berjanji untuk mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala perkara yang dimurkaiNya.Dan 'mereka' pun akhirnya dilahirkan ke dunia ini dengan diiringi oleh penyaksian 'mereka' terhadap Allah S.W.T.
Begitulah kisah 'mereka' ketika Allah S.W.T mengambil penyaksian 'mereka' suatu ketika dahulu di alam roh. Dengan penyaksian yang telah 'mereka' berikan, Allah S.W.T juga telah meletakkan di atas pundak mereka 2 tugas yang amat berat sekali untuk dilaksanakan(dikatakan tugas ini berat sehingga tidak mampu dipikul oleh makhluk Allah yang lain-Al-Ahzab:72-)....dan tugas itu ialah sebagai seorang abd' dan seorang khalifah di muka bumi. Namun apa yang telah menjadi realiti umat terkini, kebanyakan 'mereka' telah mengabaikan amanat yang telah diberikan Allah S.W.T kepada 'mereka' kerana diri 'mereka' sendiri telah LUPA dan ALPA akan SUMPAH MEREKA DI HADAPAN ALLAH S.W.T suatu ketika dahulu sebelum mereka dilahirkan ke sini!!!
Dan dengan kealpaan yang semakin tampak dalam diri 'mereka' dari hari ke hari, 'mereka' pun hanyut dalam arus duniawi yang sentiasa menggoda diri mereka pada setiap saat. Begitulah hakikat diri 'mereka' yang semakin tenggelam dalam lembah duniawi dengan dibantu pula oleh hasutan syaitan dan godaan nafsu semata-mata. Tanpa segan-silu dan dalam keadaan tidak sedarkan hakikat diri 'mereka' yang sebenar, 'mereka' mengatakan bahawa perjuangan 'mereka' di sini adalah demi mencari kemewahan, keseronokan dan kesenangan dunia semata2 walhal semua perkara itu tidak KEKAL selama2nya. Bagi diri 'mereka' yang berjantina lelaki, perjuangan mereka adalah demi HARTA, WANITA ATAUPUN CINTA DUNIA, DAN JUGA KUASA. Bagi perempuan pula, perjuangan 'mereka' adalah demi HARTA, KECANTIKAN, KE'POPULARAN' DI KHALAYAK RAMAI DAN JUGA CINTA DUNIA YANG TIDAK PERNAH KEKAL. Wahai rakan2 sekalian, ini adalah realiti dalam diri 'mereka' sekarang, perjuangan mereka adalah bagaikan mengejar fatamorgana semata2, suatu perjuangan yang tampak kabur matlamatnya, suatu perjuangan yang sementara hasilnya, dan suatu perjuangan yang timbul akibat daripada tipu daya syaitan dan nafsu 'mereka' sendiri.......sedangkan suatu ketika dahulu 'mereka' pernah bersumpah di hadapan Tuhan 'mereka' sendiri......begitulah hakikat 'mereka' kini...dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui...
Akhirulkalam, dan ingatlah.....'mereka' yang di atas itu ialah diri 'kita' manusia dan insan yang sentiasa alpa dan lupa akan hakikat kejadian 'kita' yang SEBENAR. Tuhan tidak menjadikan diri 'kita' atas suatu sebab yang sia2 melainkan ada tujuan yang jelas dan konkrit matlamatnya. Kisah 'mereka' di atas adalah kisah diri 'kita' manusia yang telah lupa akan matlamat dan perjuangan kita di sini......di dunia yang sementara ini.....dunia yang tidak pernah KEKAL....
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"-Az-Zariyat:56-
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."-Al-Baqarah:30-


0 comments:
Post a Comment