Bismillahirrahmanirrahim.....
Sabda Baginda S.A.W...."Islam bermuka dalam keadaan dagang(asing) dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". Di dalam sesetengah riwayat, terdapat tamabahan di mana selepas Rasulullah S.A.W bersabda, "Maka beruntunglah orang-orang yang asing", para sahabat bertanya kepada baginda, "Siapakah mereka itu yaa Rasulullah?", Rasulullah menjawab, " Mereka yang membaiki ketika yang lainnya rosak." (Sahih).
Demikianlah kehidupan mukmin2 yang sejati pada akhir zaman ini, nyata sekali mereka hidup dalam keadaan yang asing daripada insan2 di sekeliling mereka. Segala perbuatan mukmin2 tersebut adalah amat berbeza sekali dan kadang2 boleh dikatakan bertentangan dengan budaya mahupun tuntutan2 duniawi sekarang ini. Oleh itu, mukmin yang sejati ini, yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip mereka yang utuh, yang tidak pernah terdetik sekalipun di hati mereka untuk mengikuti budaya2 jahiliyyah zaman kini, kehidupan mereka adalah bagaikan 'makhluk asing' di tengah2 kelompok ataupun golongan yang menggelarkan diri mereka 'manusia normal' yang sedang mengikuti peredaran zaman yang dikatakan zaman paling bertamadun dan maju..... Namun bagi diri mereka yang sentiasa patuh dan taat akan suruhan Tuhan mereka......dengan rasa syukur di lubuk hati mereka dan dengan bangganya(bkn riak) mereka merasakan bahawa merekalah orang2 yang paling beruntung.....mereka diumpamakan sumber cahaya yang terang di tengah2 kegelapan yang nyata.... Maka bertuahlah insan2 ini yang masih berpegang teguh kepada prinsip kebenarannya......
Dilampirkan satu kisah ini sebagai satu contoh yang nyata....
Fuuhhhh!!!! Memang penat gilerrr arini lepas menghadiri program motivasi jatidiri nih!!! Tapi ape nak wat jati diri kurang pergi jek lar lagipun baguss gak sebab program tu bukannya sekular pun tapi penuh dengan penghayatan Islamik...memang semangat terus menerus rrr membara di hati lepas pergi program....harap2 istiqamah lar semangat tu...
Huhhh!!! Lepas ni kene jumpe member lak kat KL sebab dah lame glerrr x jumpe...dahlar sume baru masuk U so juz nak tanye kabar lar..tanpa berlengah lagi aku pun pergi ke stesen komuter yang terletak berdekatan dengan pusat program motivasi tu. Apabila sampai dan telah siap sekali membeli tiket, aku pun duduk lar atas kerusi yang xdek penyandar tu dan tanpa rasa ingin membuang masa aku pun buka sebuah buku dan baca.....
Secara tiba2 terlintas satu lintasan elektrik di hatiku...ak terasa pelik...rasa asing pulak... kenapa ni??? Kenapa semua orang usha(pandang) pelik jek kat aku..dan kebanyakan yang melihat gelagat aku membaca tu adalah dari golongan muda-mudi negara kita....ada pula segelintir antara mereka yang tersenyum2 dan ketawa sembunyi2 melihat aksiku membaca... Kenapa??? Salah ke aku membaca??? Aku bukannya suka buang masa pun..Haram ke membaca??? Bukan wahyu pertama yang turun suruh kita membaca ke??? Aku pun terasa agak pelik dan asing bagi diriku kerana di tempat tu seolah2 aku sorang jek yang duduk dan membaca sebuah buku...manusia2 yang lain especially kaum2 pemuda duduk melepak dan sembang kosong tentang hiburan, tentang awek, dan nak bagi kagum sikit ada yang sembang nak kahwin tapi bile aku tengok gaya macam xdek harapan jek nak tanggung anak dara orang lain...tibe2 aku tanya pada diri aku sendiri....diorang ni x reti nak bincang benda2 yang berfaedah sket ke??? Buat diskusi study ke?? Bincang masalah negara ke??? Bincang hal ekonomi ke sosial ke politik pun boleh rrr???........Tapi bila aku fikir balik memang jauh dari realiti diorang sume nak bincang perkara yang berfaedah macam tu....diskusi agama??!!! agaknya x pernah terlintas di hati mereka...
Aku pun terfikir sejenak, teringat kata2 Karamullahu Wajhah Ali r.a.... Jikalau kamu ingin melihat masa depan mahupun perkembangan sesebuah negara itu, lihatlah kepada apa yang ada(fikrah) pada pemuda-pemudi negara itu.....jikalau beginilah fikrah pemuda kita....satu persoalan saja di sini apakah pula masa depan negara kita nanti??? Beginikah pemuda Islam yang akhir zaman??? Bagaimanakah pula masa depan umat ini yang dikatakan sebagai khaira ummatan dan ummatan wasata di dalam al-Quran???
Sedang aku berada dalam lamunan itu, aku pun tersentak terdengar suara seorang perempuan yang boleh dikatakan kuat dan tidak mematuhi adab sebagai seorang muslimah kerana suara perempuan adalah aurat bagi lelaki ajnabi...lalu aku pun menoleh ke depan menasarkan mataku ke sebelah seberang stesen ...hasilnya aku dapat melihat gelagat dua orang insan yang aku aku yakin mereka ialah seorang muslim dan muslimah sedang bergurau senda sesama mereka dengan riangnya..sekali lagi situasi ini membuatkanku terfikir...
Kenapa tiada seorangpun muslim di sisi mereka yang ingin menegur perbuatan mereka yang songsang itu dan mengatakan perkara itu adalah haram di sisi Islam??? Kenapa?? Bagaiamana dengan ibu bapa mereka pula??? Tidakkah mereka memberitahu kepada anak2 mereka bahawa 'couple' adalah haram apatah lagi duduk bersentuhan dan bergurau senda antara lelaki dan perempuan?? Tetapi apabila aku menoleh pandanganku ke arah lain sama juga fenomenanya...perempuan atau lelaki sudah tidak diambil kisah lagi,pergaulan bebas berlaku di merata2 tempat seolah2 perkara ini adalah cara hidup mereka zaman IT ini yang serba canggih, seolah2 inilah satu keperluan hidup mereka tanpa 'ini' hidup x akan lengkap....itulah fikrah mereka....itulah fikrah akhir zaman....umat Muhammad... Rasul ulul-azmi yang berjuang bermati-matian demi menegakkan agama ini di atas muka bumi namun dengan senang umatnya sendiri mengabaikan ajaran itu...
Namun di dalam hatiku aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana aku di'asing'kan daripada perbuatan jahiliyyah moden itu...lebih baik aku berasa ter'asing' daripada aku di'asing'kan oleh Allah daripada jalanNya yang lurus...
Dalam pada itu, aku teringat kata2 seorang rakan yang bertanya kepadaku, apakah aku 'Couple'?...Ak menjawab X...lalu dia bertanya lagi..."ko xnk couple ke??".... Aku pun menjawab Xnak....secara tiba2nya dia pun membalas jawapan aku tu...."Ko ni 'pelik' rrr xnk couple,standard rrr orang couple zaman sekarang ni, ko ni memang close-minded betul rr, aku tau ko mesti nak cakap couple tu haram rr ape lar...rilek rr kite bukannya sentuh2 pun..."
Pelik ke kalau x couple??? Aku ni makhluk asing ke kalau x buat perbuatan jahil tu??? Is it compulsory to have a 'couple'??? Apa sudah jadi kepada pemuda-pemudi umat Muhammad S.A.W???? Dan aku nak tujukan sesuatu kepada mereka suci ke cinta mereka dengan couple tu?? Adakah ia suatu yang diredai ataupun DILAKNATI??? Apakah mereka tidak fikir??
Standard rrr 'couple' zaman sekarang...frasa ini amatlah menydihkan...seolah2 frasa ini menimbulkan rasa bahawa ia adlah satu kewajipan bagi setiap insan untuk ber'couple'....dan secara tersiratnya frasa ini mengatakan 'kamu adalah orang 'asing' sekiranya kamu tidak ber'couple'.... Maka beruntunglah mereka yang 'asing'....
Berikut adalah beberapa contoh.....contoh kepada realiti umat Muhammad S.A.W pada akhir zaman ini....dengan jahilnya mereka mengatakn ataupun merasakan bahawa sesuatu yang dituntut agama itu adalah 'asing' dalam hidup mereka...dan sesuatu yang haram atau larangan Allah adalah suatu kebiasaan mahupun tuntutan dalam hidup mereka...begitulah cara hidup mereka...begitulah fikrah jahiliah mereka....dan yang di atas hanyalah 2 contoh sahaja...terdapat contoh yang lebih besar mungkin akan dibincangkan di dalam blog ini....
Akhirulkalam, sebagai seorang umat Islam bersyukurlah dan berbanggalah dengan diri anda yang menjadi 'asing' pada akhir zaman.... kerana janji Allah S.W.T "Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu".... Walaupun kelihatan asing cara hidup mereka di kacamata jahiliah tetapi ia kelihatan syumul di kacamata Tuhan, Allah S.W.T.........teruslah menjadi 'asing' dan ajaklah mereka di sekeliling juga untuk menjadi 'asing'...... Umat Islam berpegang teguhlah dengan prinsipmu yang syumul sesungguhnya Islam adalah agama yang diredai Allah S.W.T
Salam.....kekeke....walaupun x berapa pandai nak susun ayat tapi tetap nak sampaikan dan tulis!!!!!!>>> Ketika menulis teringat lagu Ghuraba' yang sering dinyanyikan bersama2 rakan di maktab dulu2....(rindu kat maktab)^^


0 comments:
Post a Comment